Perasaan Orang Bukan Islam Terhadap Laungan Suara, Bacaan dan Aktiviti Masjid di Negeri Selangor Darul Ehsan

Authors

  • Ab. Aziz Mohd Zin University of Malaya
  • Faisal Ahmad Shah University of Malaya
  • Mariam Abd Majid International Islamic University Malaysia
  • Mohd Makhi Adnan Majlis Agama Islam Selangor

Abstract

Hormat menghormati dan sifat toleransi dalam sesebuah masyarakat majmuk merupakan suatu perkara yang perlu diberi keutamaan oleh setiap anggota masyarakat. Setiap anggota masyarakat seharusnya mengetahui adat dan budaya sesuatu kaum dan mengelakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif atau melakukan tindakan yang boleh menggugat keharmonian dan kedamaian dalam sesebuah masyarakat majmuk. Salah satu isu yang boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan anggota masyarakat majmuk ialah perkara yang berkaitan dengan ritual dan amalan agama masing-masing. Kajian ini cuba uintuk mengenalpasti perasaan orang bukan Islam yang tinggal berdekatan dengan persekitaran masjid terhadap aktiviti ibadat orang Islam di masjid-masjid negeri Selangor Darul Ehsan. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan masjid dalam menjalankan sesuatu aktiviti seterusnya menyemai sifat keterbukaan dan toleransi di kalangan masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2008-06-30

How to Cite

Mohd Zin, A. A., Ahmad Shah, F., Abd Majid, M., & Adnan, M. M. (2008). Perasaan Orang Bukan Islam Terhadap Laungan Suara, Bacaan dan Aktiviti Masjid di Negeri Selangor Darul Ehsan. Jurnal Usuluddin, 27, 109–119. Retrieved from https://samudera.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/6344

Issue

Section

Articles