Colonial Land Law and Muslim Societies in Coastal Kenya, 1895-1930S

Main Article Content

Hamidin Abd. Hamid

Abstract

Kolonialisme membawa bersama falsafah, pandangan, perundangan, kebudayaan serta amalan kuasa kolonial untuk dipaksa guna pakai di sesebuah tanah jajahan. Artikel ini bertujuan untuk memberikan penganalisisan ke atas kesan terhadap masyarakat Islam di Pantai Kenya apabila kuasa kolonial memperkenalkan dan mengimplementasikan perundangan tanah kolonial. Amalan penduduk Islam yang bertentangan dengan falsafah serta perundangan yang berkaitan dengan tanah sememangnya telah memberikan kesan yang mendalam bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi sosial dan politik. Oleh itu sesetengah penduduk Islam tempatan mula cuba menyesuaikan diri dengan perundangan baru tersebut yang dilihat boleh menguntungkan kedudukan mereka. Artikel ini mengenengahkan pandangan bahawa pengenalan perundangan tanah kolonial bukan sahaja memberikan kesan yang mendalam dari segi ekonomi tetapi yang lebih penting lagi telah mempengaruhi perkembangan sosial seperti isu tentang identiti dan etnik.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Abd. Hamid, H. (2004). Colonial Land Law and Muslim Societies in Coastal Kenya, 1895-1930S. Jurnal Usuluddin, 19, 159–170. Retrieved from https://samudera.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4149
Section
Articles