Nasr Hamid Abu Zayd, Naqd Al-Khitab Al-Dini, (Kaherah: Sina li Al-Nashr, 1994, Edisi Kedua), 225 Halaman

Main Article Content

Wan Suhaimi Wan Abdullah

Abstract

Sudah yang menjadi fenomena biasa dalam sejarah manusia bahawa penyimpangan dan revolusi dari arus "perdana" sering menimbulkan reaksi yang kontroversi sehinggakan ada pepatah Arab yang mencatatkan bahawa "penyimpangan membawa kemasyhuran". Penyimpangan ini secara umumnya adalah relatif dan bukan suatu yang buruk secara mutlak. Persoalan tentang asas dan matlamat sesuatu "penyimpangan" yang dilancarkan biasanya akan menjadi penentu kejayaan dan kedudukan ideologi yang didokong serta individu-individu yang terlibat. Di samping itu, reaksi yang dikemukakan terhadap misi penyimpangan ini juga bertanggungjawab secara tidak langsung menyumbang kepada reputasi misi tersebut di mata masyarakat.

Nasr Hamid Abu Zayd adalah nama yang tidak asing bagi mereka yang mengikuti perkembangan pemikiran Modenis Islam khususnya di Mesir. Semenjak penerbitan edisi pertama buku ini pada tahun 1992 oleh Dar al-Thaqafah al-Jadidah di Kaherah, dan semenjak beliau mengemukakan karyanya ini, di samping karya-karya lain, untuk kenaikan pangkat Profesor dalam bidang Bahasa Arab di Jabatan Bahasa Arab, Fakulti Sastera, Universiti Kaherah, nama dan karyanya ini terlonjak di persada masyarakat Islam khususnya di kalangan ilmuan dan agamawan di Mesir. Banyak buku-buku dan makalah-makalah ditulis berkaitan isu ini, sama ada mengkritik karya dan pemikiran penulis dan tidak kurang juga yang membela dan bersimpati. Lebih serius lagi, dakwaan atau "fatwa" kemurtadannya telah menghancurkan kariernya di Mesir dan mendorongnya keluar dari bumi tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Wan Abdullah, W. S. (2001). Nasr Hamid Abu Zayd, Naqd Al-Khitab Al-Dini, (Kaherah: Sina li Al-Nashr, 1994, Edisi Kedua), 225 Halaman. Jurnal Usuluddin, 14, 177–181. Retrieved from https://samudera.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4033
Section
Articles