Menangani Cabaran Liberalisme dalam Kalangan Muslim Berdasarkan Konsep Ijmak

Main Article Content

Wan Adli Wan Ramli

Abstract

Idea mengenai liberal Islam yang bersumberkan pemikiran liberalisme moden telah sedia dibincangkan. Namun, dalam mendalami lagi isu ini, dirasakan ada keperluan mendesak untuk meneliti teks utama yang menjadi sumber aliran pemikiran ini. Oleh itu, makalah ini menganalisis beberapa potongan teks tersebut untuk memahami secara ringkas tetapi mendalam beberapa asas dan unsur utama pemikiran tersebut. Mengambil pendekatan penilaian, yang berlandaskan kepada prinsip akidah dan pemikiran Islam, makalah ini membandingkan kemasukan pengaruh pemikiran bebas dari luar dengan prinsip ijmak yang sedia ada dalam ajaran Islam. Akhirnya, makalah ini mendapati ada banyak sikap keterlaluan, akibat daripada pergantungan yang terlalu tinggi kepada kebebasan individu dalam pemikiran liberal moden ini, sehinggakan berlaku salah faham dan salah tafsir terhadap mesej wahyu dan kehendak agama. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Wan Ramli, W. A. (2014). Menangani Cabaran Liberalisme dalam Kalangan Muslim Berdasarkan Konsep Ijmak. Jurnal Usuluddin, 40, 27–50. Retrieved from https://samudera.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7482
Section
Articles