Pelaksanaan Kurikulum J-Qaf oleh Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah

Main Article Content

Sabariah Bahrun
Saiful Akhyar Lubis
Fakhrul Adabi Abdul Kadir

Abstract

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Ia bertujuan untuk melihat pelaksanaan kurikulum j-QAF oleh guru pelatih dalam aspek komitmen guru dan pihak sekolah, penggunaan kaedah dan teknik mengajar, penggunaan bahan bantu mengajar, dan aspek-aspek pembelajaran murid. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik, manakala kaedah kualitatif secara pemerhatian diaplikasikan bagi menyokong soal selidik. Pemilihan sampel soal selidik adalah seramai 74 orang guru jQAF di sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia di Sabah. Manakala pemilihan sampel pemerhatian pula adalah sebanyak lapan buah sekolah rendah. Sebanyak tiga soalan kajian telah dikemukakan untuk kajian ini dan analisis data kajian soal selidik menggunakan perisian SPSS dengan mempersembahkan kekerapan, peratus dan min. Manakala analisis pemerhatian menggunakan kekerapan telah diaplikasikan bagi menyokong dapatan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian tahap tinggi (min 3.0 – 3.96) untuk aspek komitmen guru dan sekolah, penggunaan kaedah dan teknik mengajar dan penggunaan bahan bantu mengajar. Manakala tahap sederhana tinggi (min 2.5 – 2.99) terhadap aspek-aspek pembelajaran murid dalam model-model j-QAF telah dicapai. Dalam kajian ini, dapatan pemerhatian telah menyokong dapatan soal selidik. Diharap maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat membantu guru j-QAF dan pihak berkenaan untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan kurikulum j-QAF untuk menjamin keperkasaan Pendidikan Islam. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Bahrun, S., Lubis, S. A., & Abdul Kadir, F. A. (2014). Pelaksanaan Kurikulum J-Qaf oleh Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Jurnal Usuluddin, 39, 135–158. Retrieved from https://samudera.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7475
Section
Articles