Kesejahteraan hubungan antara kaum di Bayt al-Maqdis pada zaman Umar al-Khattab

Main Article Content

Mohd Roslan Mohd Nor
Abd al-Fattah El-Awaisi

Abstract

Ketika Islam mula menguasai lslamicjerusalem atau Bayt al-Maqdis pada tahun 637M, rantau tersebut sudah diduduki oleh masyarakat bukan Islam dalam kalangan orang-orang Kristian dan sebahagian kecil orang-orang Yahudi. Sejarah menuniukkan bahawa golongan Yahudi pada asalnya telah dilarang memasuki Aelia (Islamicjerursalem) oleh Roman hampir 500 tahun sebelumnya. Kedatangan Islam dilihat memberi rahmat kepada golongan bukan Islam untuk sanlasama berada di rantau yang dianggap sebagai penting untuk ketiga-tiga agama samawi. Artikel ini akan cuba mengupas hubungan antara kaum di Islamicjerusalem dan melihat apakah langkah-langkah yang diambil oleh khalifah Islam kedua, Umar al-Khattab dalam mewujudkan kesejahteraan dalam kalangan penduduk rantau tersebut. 

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Nor, M. R., & El-Awaisi, A. al-F. (2010). Kesejahteraan hubungan antara kaum di Bayt al-Maqdis pada zaman Umar al-Khattab. Jurnal Usuluddin, 32, 51–72. Retrieved from https://samudera.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7410
Section
Articles