Keberkesanan SirahBlox Explorer sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam PdP Pendidikan Islam Tingkatan 1

Authors

  • Dayang Nur Natashya Abang Mohamad Department of Education, Faculty of Education, Language & Communication, Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak, Malaysia. Author
  • Anisa Madihi Department of Education, Faculty of Education, Language & Communication, Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak, Malaysia. Author
  • Ummi Qallsum Kamri Department of Education, Faculty of Education, Language & Communication, Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak, Malaysia. Author
  • Mohd. Firdaus Mohamad Ismail Department of Education, Faculty of Education, Language & Communication, Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak, Malaysia. Author
  • Kamarul Ikhwan Kahar Department of Education, Faculty of Education, Language & Communication, Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak, Malaysia. Author
  • Fatin Ardani Zamri Department of Education, Faculty of Education, Language & Communication, Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak, Malaysia. Author

DOI:

https://doi.org/10.22452/

Keywords:

Pendidikan Islam, Bahan Bantu Mengajar, Roblox, Teknologi Pendidikan, Gamifikasi

Abstract

Perkembangan teknologi pendidikan telah mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam menarik minat pelajar generasi digital. Namun, pengajaran Sirah dalam Pendidikan Islam masih menghadapi cabaran seperti kurangnya penglibatan pelajar dan penggunaan bahan yang kurang interaktif. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan SirahBlox Explorer, iaitu inovasi pembelajaran berasaskan platform Roblox, dalam menyokong pelaksanaan KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 1 bidang Sirah. Kajian turut menganalisis persepsi bakal guru Pendidikan Islam terhadap penggunaannya sebagai bahan bantu mengajar digital. SirahBlox Explorer menggabungkan elemen gamifikasi, penerokaan maya dan kuiz interaktif untuk meningkatkan motivasi, penglibatan dan kefahaman pelajar terhadap Sirah Nabi Muhammad SAW. Inovasi ini juga dibangunkan berasaskan kerangka TPACK bagi memastikan integrasi teknologi, pedagogi dan kandungan dilaksanakan secara berkesan serta membantu memupuk kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kolaborasi dan literasi digital. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik untuk mengukur persepsi responden terhadap penggunaan SirahBlox Explorer dalam PdP Pendidikan Islam Tingkatan 1. Dapatan menunjukkan bahawa SirahBlox Explorer berkesan meningkatkan minat, penglibatan dan kefahaman murid. Selain itu, bakal guru turut menunjukkan persepsi positif terhadap penggunaannya, yang didapati membantu pelaksanaan PdP secara lebih kreatif, interaktif dan berpusatkan murid selaras dengan keperluan PAK-21.

Downloads

Published

26-06-2026

Issue

Section

Article