Keberkesanan Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam Berasaskan Kecerdasan Pelbagai Terhadap Pencapaian Akademik Murid Tahap 2
DOI:
https://doi.org/10.22452/Keywords:
Kecerdasan Pelbagai, Pendidikan Islam, Pencapaian Akademik, Kuasi-Eksperimen, Murid Tahap DuaAbstract
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kaedah pengajaran Pendidikan Islam berasaskan Kecerdasan Pelbagai terhadap pencapaian akademik murid Tahun 4 dan Tahun 5 di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI). Walaupun pendekatan Kecerdasan Pelbagai dikenal pasti sebagai pedagogi berpusatkan murid yang berpotensi meningkatkan pembelajaran, amalan pengajaran Pendidikan Islam masih banyak bergantung kepada pendekatan tradisional yang kurang mengambil kira kepelbagaian kecerdasan murid. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi menilai secara empirikal keberkesanan pendekatan tersebut dalam konteks bilik darjah sebenar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen satu kumpulan pra dan pasca yang melibatkan seramai 57 orang murid. Intervensi pengajaran dirancang dengan memberi tumpuan kepada tiga domain kecerdasan pelbagai yang dominan, iaitu kecerdasan Eksistensial, Intrapersonal dan Interpersonal. Instrumen kajian terdiri daripada Inventori Kecerdasan Pelbagai dan ujian pencapaian akademik Pendidikan Islam sebagai ujian pra dan pasca. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian-t sampel berpasangan dan pengiraan saiz kesan Cohen’s. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan skor min pencapaian akademik daripada 74.16 kepada 76.12 dengan perbezaan yang signifikan secara statistik (t = –3.03, p < .05) dan saiz kesan sederhana (d = 0.43). Analisis mengikut domain kecerdasan mendapati kecerdasan Intrapersonal menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan saiz kesan besar, manakala kecerdasan Eksistensial dan Interpersonal menunjukkan peningkatan yang positif tetapi tidak signifikan. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa pengajaran Pendidikan Islam berasaskan Kecerdasan Pelbagai berpotensi meningkatkan pencapaian akademik murid, khususnya melalui strategi yang berfokuskan kecerdasan Intrapersonal.
Downloads
Published
Issue
Section
License
The published manuscript shall be a copyright of the Islamic Education Programme, Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. The published manuscript would not represent the stand or opinion of the Advisory Board, Editorial Board, Co-Editorial Board and the Management Team of Journal of Islamic Educational Research (JIER), or the Islamic Education Programme, Academy of Islamic Studies, University of Malaya.
Note: This is an open access journal which means that all content is freely available without charge to the user or his/her institution. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission from the publisher or the author. This is in accordance with the BOAI definition of open access.





